Friday, April 29, 2011

19 APRIL 2011 MESYUARAT KHAS TAHUNAN PERKASA DAERAH KELANG YANG PERTAMA DI SELURUH NEGARA





“Saya berbangga kerana matlamat Perkasa untuk menyatukan orang Melayu kian tercapai dengan penerimaan keahlian yang di luar jangkaan ini mencecah ke 6,000 ahli' Kata Abu Bakar Yahya  (ABY) pada majlis Mesyuarat Khas Tahunan Daerah Kelang".


Menurutnya, kejayaan itu dicapai melalui gerak kerja bersepadu kesemua Ahlijawatankuasa kesemua sayap dan lebih menarik lagi, Perkasa Daerah Klang juga bergerak secara sistematik dengan mewujudkan Penyelaras di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Hadir sama ialah Yang Di Pertua Perkasa Perak, Ahmad Zaini Ismail, Setiausaha Kehormat Perkasa Negeri Selangor  Sdr. Ahmad Zambri Zahari bersama-sama dengan Ketua Wira Negeri dan Setiausaha Wiranita Negeri dan sebahagian daripada Pengerusi Pengerusi Daerah, Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah Klang, Sdr. Rahman Saat, Ahlijawatankuasa dan dihadiri oleh 400 ahli sekitar kawasan ini.






Sementara itu majlis dikejutkan oleh berita yang menyayat hati dimana dua dari ahli Perkasa Daerah Kelang telah menerima kemalangan tatkala menuju masuk ke tempat mesyuarat. Salah seorang daripada mangsa tersebut telah meninggal dunia.

Majlis tahlil dan derma kilat untuk disumbangkan kepada keluarga  Allahyarham Husin b. Din dan seorang lagi mangsa, Ahmad Mohd Nor telah dilancarkan yang kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan  Rahimah (HTAR) akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

YDP bersama SUK melawat Sdr. Ahmad di hospital
Setiausaha Kehormat Negeri selaku wakil Negeri pada mesyuarat tersebut telah mengesahkan dan meluluskan Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Daerah Kelang

No comments:

Post a Comment