Saturday, December 18, 2010

MeRELAkan PERKASA : MemPERKASAkan RELA


 Bertempat di Pejabat RELA Negeri Selangor di Shah Alam pagi tadi, 18 Disember 2010 telah berlangsung malis penyerahan senarai kumpulan pertama ahli PERKASA Daerah Gombak dan Daerah Kelang yang telah didaftarkan menganggotai RELA. Senarai telah diserahkan kepada Pengarah RELA Negeri oleh Setiausaha Kehurmat PERKASA Negeri Selangor.

Sempena majlis tersebut juga Pengarah RELA Negeri En.Mohd Khairi Alwee telah menyerahkan 500 pasang baju T beserta seluar trek pasukan RELA kepada Sdr.Zambri Zahari SUK PERKASA Selangor, untuk disampaikan kepada anggota-anggota baru RELA dari PERKASA. 

Majlis hari ini adalah kollaborasi antara dua pertubuhan yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Sri Mahmood Adam dan YDP PERKASA Negeri Selangor Sdr. Abdullah Mansor baru-baru ini.

PERKASA bersama-sama RELA akan turun kesetiap PERKASA Daerah diseluruh Selangor bermula hari ini hingga ke bulan Februari 2011 bagi mendaftar ahli kedua-dua pertubuhan.

Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran dan pendaftaran kumpulan pertama ahli PERKASA di Daerah Gombak.


Sunday, December 12, 2010

KEMBALI BERAKSI.......


Semalam, Tok Him telah buat pertama kali setelah berehat panjang bagi memulihkan kesihatan selepas pembedahan jantung, merasmikan penutup program bolasepak pantai 4 sebelah anjuran Perkasa DUN Taman Templer Daerah Gombak. Turut hadir ialah YDP Perkasa Negeri Selangor Sdr.Abdullah Mansor dan pimpinan Perkasa Negeri Selangor. Sebanyak 70 pasukan telah menyertai termasuk 4 pasukan dari Perkasa Felda Soeharto, Daerah Hulu Selangor. Juara pertandingan telah di rangkul oleh pasukan TAK GOYANG dari Taman Templer. Yang menariknya pasukan "Tak Goyang" telah turut menampilkan seorang pemain import dari Nigeria, kebetulan merupakan seorang anak rantau yang menyewa rumah di Flat berhampiran tapak pertandingan. Ini menunjukkan bahawa program anjuran Perkasa ini tidaklah rasis kerana ianya membuka pintu bagi mengeratkan penduduk setempat dan membina masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni, berpaksikan kedaulatan Pribumi perkasa di Tanahair yang dikongsi bersama berbilang bangsa yang pelbagai.

Tok Him tidak berucap panjang kerana masih didalam proses pemulihan tetapi telah menunjukkan kecekalannya yang biasa apabila sanggup menunggu pertandingan berlangsung dari jam 4.30petang hingga tamat jam 6.00petang dan hanya pulang setelah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Hadiah hadiah termasuk bagi pertandingan mewarna kanak-kanak dan peraduan-peraduan yang diadakan untuk warga setempat yang telah berlangsung dengan meriah sejak awal pagi. 

Hari ini Tok Him akan beraksi kembali di Persidangan Parlimen !!