Monday, October 18, 2010

PERKASA himpunkan kumpulan Warga Indonesia di Malaysia berdemonstrasi aman!!M

Menteri Penasihat Hal Ehwal Politik Kedutaan Indonesia Pak Joko dan Isteri


Timbalan Presiden PERKASA Datuk Ab Rahman Bakar


Wakil Warga Indonesia di Malaysia berucap menyatakan kedamaian hidup di Malaysia yang aman dan makmur


Yang Di Pertua PERKASA Negeri Selangor Sdr.Abdullah Mansor





Timbalan Yang DiPertua PERKASA Negeri Selangor (Sdr.Yunus,berbaju batik kuning) turun padang
Majlis Perhimpunan Perpaduan Malaysia-Indonesia pada 16.10.2010 di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru berjalan seperti dirancang dengan himpunan wakil-wakil masyarakat warga Indonesia di Malaysia bersama-sama diberikan ruang dan peluang oleh PERKASA untuk menyampaikan rasa hati dan perasaan mereka terhadap keceluparan puak BENDERA dan Laskar Merah Putih di Indonesia yang cuba menggugat hubungan dua Negara SeRumpun dengan fitnah dan cetusan membenci yang dibangkitkan. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Penasihat Ehwal Politik Kedutaan Indonesia bersama isteri, wakil Kementerian Luar Negara Malaysia Wisma Putra dan pimpinan PERKASA. Dalam ucapan Pak Joko, Menteri Penasihat Ehwal Politik Kedutaan Indonesia, beliau menekankan pesanannya betapa kedua-dua negara adalah negara serumpun yang saling menghormati dan tindakan telah diambil oleh pemerintah Indonesia terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggugat keharmonian hubungan. Beliau berpesan kepada warga Indonesia di Malaysia untuk menjalani kehidupan di Negara Malaysia dengan aman dan menghormati undang-undang serta resam budaya setempat. Beliau juga berkata "Teruslah memperkenalkan budaya Indonesia di Malaysia untuk dinikmati bersama, jika tarian Cina dari Cina boleh ditarikan di Malaysia tanpa Negara Cina marah, tarian India dari Negara India juga di tarikan di Malaysia tanpa Negara India marah, mengapa pula tarian kita di tarikan di sini mahu di marahi?" 

Malaysia-Indonesia bangsa serumpun, PERKASA mengadakan perhimpunan ini sebagai memberi tahu kepada pihak-pihak yang cuba menjadi batu-api dan melempar fitnah, membaling batu sembunyi tangan agar tidak bermain dengan api. PERKASA sentiasa berjuang menjadi benteng kepada sebarang usaha menggugat kedaulatan dan keselamatan Negara. Nah! PERKASA menghimpunkan warga Indonesia di Malaysia sebagai bukti keharmonian kami warga Malaysia dan warga Indonesia, Kita Serumpun!!

Tuesday, October 12, 2010

" Kita Serumpun "

Program PERKASA

Perhimpunan Perpaduan Malaysia - Indonesia "Kita Serumpun"
Tarikh   : 16 Oktober 2010 Sabtu
Waktu   : 4.30 petang
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru

Tetamu Undangan :
1. YBhg Duta Besar Indonesia di Malaysia
2. Menteri Luar Malaysia YB Datuk Anifah Aman
3. Penasihat Perkasa YBhg Tan Sri Sanusi Junid
Dijangka akan hadir bersama-sama Presiden Perkasa Datuk Paduka Ibrahim Ali dan warga Perkasa!

1,000 orang warga Indonesia di Malaysia akan menyertai perhimpunan.

Dijemput warga Malaysia dan ahli Perkasa bersama rakan-rakan untuk bersama-sama memperkasakan perpaduan serumpun.