Sunday, December 12, 2010

KEMBALI BERAKSI.......


Semalam, Tok Him telah buat pertama kali setelah berehat panjang bagi memulihkan kesihatan selepas pembedahan jantung, merasmikan penutup program bolasepak pantai 4 sebelah anjuran Perkasa DUN Taman Templer Daerah Gombak. Turut hadir ialah YDP Perkasa Negeri Selangor Sdr.Abdullah Mansor dan pimpinan Perkasa Negeri Selangor. Sebanyak 70 pasukan telah menyertai termasuk 4 pasukan dari Perkasa Felda Soeharto, Daerah Hulu Selangor. Juara pertandingan telah di rangkul oleh pasukan TAK GOYANG dari Taman Templer. Yang menariknya pasukan "Tak Goyang" telah turut menampilkan seorang pemain import dari Nigeria, kebetulan merupakan seorang anak rantau yang menyewa rumah di Flat berhampiran tapak pertandingan. Ini menunjukkan bahawa program anjuran Perkasa ini tidaklah rasis kerana ianya membuka pintu bagi mengeratkan penduduk setempat dan membina masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni, berpaksikan kedaulatan Pribumi perkasa di Tanahair yang dikongsi bersama berbilang bangsa yang pelbagai.

Tok Him tidak berucap panjang kerana masih didalam proses pemulihan tetapi telah menunjukkan kecekalannya yang biasa apabila sanggup menunggu pertandingan berlangsung dari jam 4.30petang hingga tamat jam 6.00petang dan hanya pulang setelah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Hadiah hadiah termasuk bagi pertandingan mewarna kanak-kanak dan peraduan-peraduan yang diadakan untuk warga setempat yang telah berlangsung dengan meriah sejak awal pagi. 

Hari ini Tok Him akan beraksi kembali di Persidangan Parlimen !!

1 comment: