Friday, September 24, 2010

Bukan Parti Politik

YDP Perkasa Negeri Selangor Sdr.Abdullah Mansor menyampaikan surat perhargaan dan tahniah kepada Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar diatas kecekapan dan kepantasan siasatan kes bunuh Datuk Sosilawati dan tiga orang rakan-rakan beliau. Keempat-empat mangsa tersebut adalah ahli Perkasa Negeri Selangor. Al Fatehah.

Ahli Majlis Perkasa Negeri Selangor dan ahli-ahli Perkasa Negeri yang turut bersama dalam kunjungan hurmat ke Ketua Polis Negeri Selangor di IPK Negeri Selangor pada 22hb September 2010.


SHAH ALAM 22 Sep 2010, PERKASA terus mengorak langkah meneruskan perjuangan memperkasakan bangsa, membentengi cubaan merobohkan kesatuan bangsa, cubaan meruntuhkan institusi bangsa, cubaan mencabar dan merubah sejarah nusa dan bangsa di tanahair bersejarah. Didalam kesibukan berhari raya, PERKASA disemua peringkat meredah cabaran dengan jiwa yang kental dan tanpa mempedulikan suara-suara sumbang yang cuba melemahkan perjuangan mahupun mengelirukan persepsi orang ramai kepada perjuangan tulus memperkasakan bangsa. Alhamdullillah gurauan kecil sebilangan dua telah dihadapi dengan kematangan dan kewarasan disemua peringkat baik dikalangan pejuang melayu Perkasa mahupun diperingkat bangsa melayu keseluruhannya. Seperti di rancang, pada 21hb September, 2010, Perkasa Negeri Selangor telah melancarkan Perkasa Daerah Hulu Selangor yang disempurnakan oleh YB Presiden Datuk Paduka Ibrahim Ali dan turut di adakan pada waktu yang sama ialah rumah terbuka hari raya di FELDA Soeharto oleh YB Ahli Dewan Undangan Negeri dan turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor.

FELDA SOEHARTO 21 Sep 2010, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan sebuah parti politik yang bersaing dengan UMNO seperti didakwa sesetengah pihak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan pertubuhan itu bukan untuk bersaing dengan parti yang selama ini banyak berjasa kepada Melayu.

Menurutnya, Perkasa wujud untuk memperkasakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan sebagai NGO, pertubuhan itu banyak mengambil aktiviti serta program khusus dalam membela bangsa Melayu.

“Kita pertubuhan biasa tapi itu pun ada orang UMNO yang kecil hati sehingga membanding-bandingkan kita dengan mereka.

“Tetapi kita tetap sabar sebab matlamat kita hendak mempertahankan hak Melayu.,” katanya bagi menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pertubuhan itu bersaing dengan UMNO.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Perkasa Daerah Hulu Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, pada majlis pelancaran itu yang serentak dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Gugusan Sungai Dusun, Pengerusi Perkasa Daerah Hulu Selangor, Harun Jamaludin; Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansur serta beberapa Pengerusi Perkasa mewakili daerah di Selangor.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.

Pada majlis itu juga, seramai 500 borang keahlian baru Perkasa daerah ini diserahkan kepada Presidennya menjadikan ahli keseluruhan kini 750 ahli.

Ibrahim berkata, Perkasa bangkit selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara.

Menurutnya, ketika itu banyak isu berkaitan kepentingan Melayu dipertikai dan selepas itulah timbul perkara membabitkan isu Perkasa dengan UMNO yang dilihat seperti menimbulkan krisis antara pertubuhan itu.

“Kita lihat banyak pertikaian mengenai Perlembagaan 153. Jadi kita mahu akta ini diterjemah dalam bentuk tindakan terutama dalam ekonomi supaya Melayu setanding bangsa lain. 


“Tahap ekonomi Melayu juga belum mencapai 30 peratus, jadi inilah yang perlu kita beri sokongan,” katanya. 

Sementara itu, Mohamed Idris berkata, sebagai NGO, Perkasa tetap dengan pendirian memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.

Menurutnya, Perkasa bukan sebuah parti politik berbeza dengan pertubuhan lain yang jelas menyokong parti politik tertentu.

“Saya melihat pertubuhan ini tidak menyokong mana-mana parti politik dan jauh sekali bersaing dengan UMNO seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Mereka ada fahaman dan matlamat perjuangan sendiri yang jelas mempertahankan hak dan perlembagaan Melayu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Perkasa.

Beliau berkata, UMNO sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan hak rakyat secara menyeluruh juga sedar mengenai perkara itu.

Menurutnya, Perkasa tidak pernah dilihat sebagai pertubuhan yang sengaja mahu bersaing dengan UMNO walaupun keahlian UMNO jelas dikuasai Melayu.

Mohamed Idris turut mengulas mengenai tahap ekonomi Melayu yang jauh lebih rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai peluang untuk Melayu, namun masih wujud kelemahan.

Justeru, beliau mengharapkan supaya peranan NGO seperti Perkasa dapat diserlahkan dan dilaksanakan secara proaktif bagi membantu mengembangkan ekonomi Melayu selaras dengan matlamat mereka.


ESOK 25 Sep 2010, PASIR MAS Kelantan, PERKASA Negeri Kelantan akan  menjadi tuan rumah kepada  PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA dengan tema PERPADUAN MELAYU ADA LAH TERAS KEPADA PERPADUAN MALAYSIA. Jom ramai-ramai berhimpun Melayu Perkasa, mendengar amanat daripada NEGARAWAN ULUNG Yang Amat Berbahgia Tun Dr. Mahathir Mohamed.

No comments:

Post a Comment