Tuesday, September 28, 2010

SENATOR jangan KURANG AJAR !!!

Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Kun [Gambar Hiasan]
 [Artikel ini ditulis sebagai respon kepada kenyataan Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam akhbar The Star hari ini 28.09.2010 bertajuk "Koh: Don't give Perkasa space and Face"]

Presiden GERAKAN Koh Tsu Koon tewas kerusi Parlimen Batu Kawan dengan lawannya mendapat kemenangan besar, memperolehi majoriti 9,485 undi. Tidak cukup dengan itu, Tsu Koon juga memadamkan riwayat Parti GERAKAN di negeri itu dengan kekalahan dikesemua kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden GERAKAN, ini telah 'menyerahkan' Pulau Pinang kepada Pakatan pimpinan DAP setelah  memerintah selama 39 tahun dari 1969-2008. Statistik menunjukkan Parti Gerakan hilang ghaib ditolak sepenuhnya di Pulau Pinang, tetapi tidak UMNO. UMNO rakan komponennya di Pulau Pinang masih kekal bertahan dan diundi rakyat. Namun tanpa Gearakan, UMNO tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan.

DAP adalah "rakan pembangkang kepada GERAKAN" ketika pilihanraya 1969 apabila Gerakan yang baru ditubuh ketika itu, berjaya memenangi Pulau Pinang dari PERIKATAN  / UMNO-MCA-MIC.

Meraikan kejayaan GERAKAN pada pilihanraya 1969 [Pengasas Prof Syed Hussein AlAttas dan Dr.Lim Chong Eu] dijulang oleh ahli-ahli parti. Syed Hussein pengasas yang kemudian keluar pada 1972 menubuhkan PEKEMAS. Parti GERAKAN ditubuh berlandaskan perjuangan sosialis lanjutan dari Parti Buruh dan berkempen menghapus/mengurangkan hak keistimewaan melayu dan perkara 153 perlembagaan. PEKEMAS juga berkonsepkan sosialis yang akhirnya berkubur dan ahli-ahlinya melompat ke parti sosialis DAP. [Gambar Hiasan]
 Apakah berlaku pada tahun 1969?? DAP dan GERAKAN berkempen diatas platform keadilan sosial, mendesak supaya hak keistimewaan melayu dihapuskan, mempersoalkan perkara 153 perlembagaan. PRU 1969 menyaksikan PERIKATAN hilang Kelantan kepada PAS dan Pulau Pinang kepada GERAKAN. Di Perak pula PERIKATAN hanya menang 19 dari 40 kerusi sementara di Selangor pula hanya 14 dari 24 kerusi.

GERAKAN dan DAP mengadakan perarakan meraikan kejayaan besar mereka di Kuala Lumpur. Perarakan itu jelas merupakan satu perarakan untuk menyorakkan orang melayu hinggakan ada kumpulan yang mengarak penyapu, seolah-olah secara simbolik menggambarkan keghairahan mereka untuk "menyapu keluar orang melayu"!! Mereka bersorak-sorak dengan berbagai slogan mengejek-ngejek dan mengeji orang melayu. Natijahnya, sejarah mencatatkan bahawa perarakan dan kempen yang panas menentang peruntukkan perkara 153 dan hak istimewa melayu telah membawa kepada tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969, pertembungan perkauman yang mengakibatkan kematian 180 rakyat tidak berdosa.

MAGERAN ditubuhkan dan negara berada didalam dharurat sehinggalah Tun Razak menyerahkan semula proses demokrasi melalui pilihanraya 1972. Salah satu kebijaksanaan Tun Abdul Razak ketika itu adalah mengadakan penyatuan melalui cantuman politik apabila GERAKAN dan PAS menyertai PERIKATAN yang dibesarkan menjadi BARISAN NASIONAL.

PRU 12 menyaksikan GERAKAN tumbang di Pulau Pinang, dan seperti 1969 Tunku Abdul Rahman kemudian digantikan oleh Tun Abdul Razak selepas MAGERAN, kali ini Tun Abdullah Badawi digantikan, kebetulan oleh anakandanya DS Najib Tun Razak. Ironinya GERAKAN tidak lagi memerintah di Pulau Pinang dan Presidennya sendiri tewas dengan teruk kepada "bekas rakan sekutunya pada 1969, DAP" !!

Kalau dulu Tun Razak membawa masuk GERAKAN kedalam PERIKATAN jadi BN, kini Tsu Koon yang kecundang di angkat oleh DS Najib jadi SENATOR lalu dilantik ke jawatan federal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga Hal Ehwal Perpaduan dan Prestasi Kementerian-Kementerian Kerajaan.

Di Selangor, Perak, Kelantan pula seperti 1969, pakatan parti pembangkang telah berjaya menguasai kerajaan selain Pulau Pinang. Adakah ianya kebetulan apabila pihak pembangkang mengambil iktibar dari perarakan 1969, maka ia tidak dilakukan atau kerana DAP tidak punya kawan seperti GERAKAN lagi untuk berarak dan hina melayu???

SENATOR Koh Tsu Koon, jangan lah angkuh dan berlagak seperti anjing gila yang tidak reti bahasa. Jangan pula berlagak bodoh apabila bercakap tentang perpaduan, melihat kepada PERKASA sebagai ancaman. Mengapa diam apabila puak chauvinis cina dan puak ekstrem India melakukan berbagai tindak-tanduk yang mempersoalkan hak dan keistimewaan melayu, mencabar kedudukan Islam, mencemar kedaulatan Raja, mempersoalkan perlindungan ekonomi kepada melayu dan bumiputra?? Mengapa diam seribu bahasa dan tidak pula jadikan mereka sebagai contoh yang menghalang perpaduan. Apakah perpaduan bermakna setelah semua unsur-unsur yang memberikan perlindungan dan keistimewaan kepada orang melayu berjaya di hapuskan, maka barulah perpaduan akan berjaya terlaksana?? Itukah KPI yang Tsu Koon mahu rencanakan menggunakan jawatan yang diberikan atas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak??

Jangan kurang ajar!! PERKASA adalah persatuan bukan kerajaan yang dianggotai oleh orang melayu. Sekurang-kurangnya oleh 300,000 pejuang melayu. Perkasa tidak mempersoalkan kedudukan kaum lain, tidak pernah dan tidak sama-sekali, kerana PERKASA menjunjung Perlembagaan dan mendokong falsafah 1Malaysia Datuk Seri Najib. PERKASA bertindak lantang dalam gerakan dan kata-katanya kerana PERKASA adalah perjuang melayu yang EKSTRIM MENENTANG sebarang bentuk EKSTRIMISM PERKAUMAN yang mahu menggugat kepentingan dan kedudukan orang Melayu disisi Perlembagaan, Bahasa, Agama dan Raja-Raja Melayu. Usik ini, dan kami akan TENTANG dengan LANTANG dan KERAS sebagaimana puak Chauvinis yang lantang mahu menggodam perpaduan yang sedia wujud.

SENATOR TSU KOON, tumpukan kepada tugas anda dengan pertama sekali, memahami dan menjunjung Perlembagaan dengan sebenar-benar ikhlas, faham dan akur, tanpa agenda tersembunyi dan tumpukan gerak kerja dan kata-kata hina anda terhadap musuh politik anda, iaitu DAP, bukan PERKASA!

Pergi dapatkan balik "RUANG DAN MUKA" (SPACE AND FACE) anda di Pulau Pinang yang anda "terserah" atau "menyerah" pada "bekas rakan lama DAP"! Jangan jadi anjing melalak kuat apabila tuan sudah kata jangan! Apakah anda tidak akur kepada kenyataan Perdana Menteri/Presiden UMNO/BN bahawa "Jangan ada konflik dengan mana-mana NGO"??? Kami PERKASA tidak pernah sama-sekali berkonflik dengan parti Kerajaan mahupun sesiapa kecuali bertindak memperjuang dan membentengi pencerobohan dan kecurangan mana-mana pihak bersangkut hak keistimewaan melayu/bumiputra dan sebarang peruntukkan-peruntukkan yang termaktub dalam Perlembagaan yang di junjung oleh semua rakyat Malaysia yang cinta dan setia kepada Negara!

Apakah, Tsu Koon memikirkan bahawa kalau hati melayu boleh diguris melalui penghinaan dan pemencilan PERKASA, maka perpaduan boleh tercapai dan kejayaan boleh dimilikki pada PRU 13?  Sekali lagi kami mahu tanya, perpaduan siapa dan kejayaan siapa?? Kami orang melayu ada pepatah " berkocak ikan diair, sudah tahu jantan betina"!

No comments:

Post a Comment