Monday, August 9, 2010

Kepada Kalian Yang Bernama Melayu..


Dihari Perasmian Berkelompok Perkasa Daerah Daerah Negeri Selangor pada hari Ahad 8hb Ogos yang lalu,atas rasa peri pentingnya penyatuan umat Melayu masakini dibawah satu wadah perjuangan bangsa,pihak penganjur cuba mengembalikan nostalgia 1946.Dimana di waktu itu sekumpulan kanak kanak saperti gambar diatas membawa sepanduk yang sama,merayu kepada pemimpin pemimpin Melayu waktu itu supaya apa jua keputusan dan tindakan yang bakal diambil hendaklan mengambil kira hak hak dan kepentingan mereka juga.

Hari ini setelah 64 tahun,setelah negara menikmati kemakmuran hasil dari perjuangan kemerdekaan pemimpin pemimpin terdahulu,Melayu kembali berpecah.Melayu kembali berantakan berebutkan kuasa politik,tanpa ada rasa keinsafan langsung bahawa apa yang kita nikmati hari ini hanyalah HAK yang dipinjamkan kepada kita oleh ANAK ANAK dan CUCU CUCU KITA.

Bagi kita...generasi yang pernah merayu kepada pemimpin terdahulu pada tahun 1946,seakan sudah melupakan ketakutan yang kita lalui dulu kini terpaksa dilalui oleh anak cucu kita pula.Adil kah kita kepada mereka?Kalau pemimpin pemimpin terdahulu telah menjaga hak hak kita,apakah tanggung jawap kita kepada generasi akan datang?

Apakah hanya kerana gilakan kuasa kita sanggup berpecah belah?Menjual kehormatan bangsa sendiri kepada bangsa lain hanya untuk mencapai cita cita politik kita.Ada Melayu yang dah jadi liberal,ada Melayu yang dah jadi setaraf Nabi,ada Melayu pulak langsung tidak ambil peduli.Kerana mereka merasa apa yang mereka nikmati hari ini tiada kena mengena dengan PERJUANGAN pemimpin terdahulu.

Melayu menjadi haru biru dan hilang arah.Bersengketa sesama sendiri hingga agama Islam sendiri terabai.Bangsa lain memerhati perpecahan ini dengan senyuman dan mula mengatur langkah untuk memecah dan seterusnya melemahkan bangsa kita.Maka...yang dah mula pandai menderhaka kepada RAJA RAJA itu Melayu.Yang sanggup berbaring ditengah jalan menghalang keenderaan diRaja itu Melayu.Yang sanggup bertempur dengan Polis itu Melayu.Yang berani mencaci dan memaki hamun Raja Raja dan Pemimpin Negara itu juga MELAYU.Banyak lagi kehebatan tak bertempat Melayu kalau nak ditulis disini.TAPI UNTUK APA..?

Jadi pada yang bernama MELAYU insaflah..sedarlah.Tiada apa yang menguntungkan kita selagi kita lemah dan berpecah.Bersatulah kita walaupun berbeza pandangan dan pendapat.Jika kita tidak boleh mencari titik PERTEMUAN kerana berbeza politik,carilah titik PERSAMAAN ianya pasti ada.

Renungkanlah gambar anak anak diatas.Lihatlah diwajah wajah mereka tergantung seribu harapan kepada kita agar mereka tidak menjadi HAMBA yang terpaksa merempat di negara sendiri hanya kerana KITA yang bernama MELAYU hari ini.



No comments:

Post a Comment