Tuesday, August 31, 2010

TAKZIAH

Ayahanda kepada saudara Shahrul Bakri Bin Kamarul Bahrin 
(Penolong Setiausaha Kehurmat Perkasa Negeri Selangor) 
telah kembali ke Rahmatullah 
pada jam 11.45 malam hari ini tanggal 31 Ogos 2010 di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. 
Semuga Allah melimpahkan Rahmat pada nya. 
Al Fatehah.
Kepada saudara Sharul Bakri dan keluarga kita ucapkan takziah dan agar bersabar dengan penuh keredhaan 
atas ketentuan Allah SWT, semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh disisiNya.

Yang DiPertua Perkasa Selangor Sdr.Abdullah Mansor dan Setiausaha Kehurmat Sdr Ahmad Zambri Zahari turut bersama Sdr Shahrul Bakri disaat-saat kesedihan beliau dan keluarga di Hospital Tawakkal untuk menguruskan jenazah Ayahanda nya.

Wednesday, August 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 53 MALAYSIA MERDEKA


31 OGOS 2010 negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 53. Sebagai rakyat yang berilmu dan bertamadun tinggi marilah kita mempamirkan kebanggan kita yang luar biasa bagi merai dan menghargai kemerdekaan dan kedaulatan yang telah kita kecapi hasil perjuangan orang-orang terdahulu.

Pejuang-pejuang terdahulu telah berjuang bagi mendapatkan semula tanahair bumi milik kita dari pendudukkan penjajah selama 446 tahun (1957-1511), silih berganti, dan sepanjang perjuangan itu, tidak kurang ramai yang kecundang dan ramai juga yang terkorban demi nusa dan bangsa. Sepanjang tempoh itu juga, tidak kurang cabaran dan dugaan yang dilalui dan demi memastikan kedaulatan dan kemerdekaan ini di pertahankan, berbagai onak dan duri dihadapi namun berkat ketabahan dan perpaduan rakyat, semua rintangan dapat diatasi, dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Hari ini, kita selaku generasi pewaris sudah menikmati hasil tinggalan orang terdahulu .Dengan tekun juga kita telah bersama-sama menjaga dan mengisi kemerdekaan itu dengan membangunkan negara demi kebahagian kehidupan kita. Hari ini juga, kita telah hidup, menghirup udara segar ,di bumi tercinta dalam keadaan yang harmoni, aman, damai, makmur dan selamat. Membangunkan negara tidak berlaku sekelip mata dan tidak juga ada penghujungnya kerana kehidupan berterusan dan kemampuan serta harapan berubah mengikut zaman dan keadaan. 

Namun cabaran juga datang dalam berbagai bentuk dan menjadi tanggungjawab kita selaku pewaris untuk memastikan negara ini kekal bebas merdeka dan berdaulat. Tanggungjawab kita ialah memastikan pula ia semakin elok untuk diwariskan pula kepada anak-anak bangsa yang menunggu giliran meneruskan kasih sayang kepada negara demi kelangsungan hidup mereka pula. 

Sempena ulangtahun kemerdekaan kali ke 53 ini, marilah kita semua memperkukuhkan perpaduan sesama kita dan menjunjung perlembagaan dengan luhur dan menjadikan rukun negara sebagai ikatan kental memelihara kerukunan bernegara demi keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang berkekalan.

Negara kita adalah wajah kita, jauhilah sikap khianat dan derhaka kerana buruk negara, buruklah kita, tidak dia dan tidak sesiapa kerana kita semua adalah satu, sebagai rakyat negara yang satu. Kepelbagaian kita adalah satu kelebihan yang perlu kita syukuri dan nikmati. Ikatlah ia sepertimana tertulis di lambang keramat negara "Bersekutu Bertambah Mutu". Hurmati perlembagaan dan sayangi semua sebagaimana kita disayangi selama ini oleh Allah SWT yang telah memelihara kita dari bala bencana dan merahmati kita dengan kepimpinan yang beriman dan berwawasan.

Salam MERDEKA!
Yang DiPertua PERKASA Negeri Selangor dan seluruh warga PERKASA SELANGOR.

Thursday, August 19, 2010

PRA-SYARAT SURUHANJAYA RIED

Orang orang bukan Melayu di beri kewarganegaraan mereka melalui prinsip Jus Soli dan Melayu diberi peruntukan keistimewaan, berdasarkan unsur-unsur tradisi yang telah wujud ratusan tahun sebelum wujudnya perlembagaan pada tahun 1957.

Peranan untuk mestabilkan sistem politik yang mau dibentuk, Suruhanjaya Reid telah membuat laporan pra-syarat yang telah menekankan dengan jelas, berapa pentingnya perlembagaan untuk mengambil kira factor-factor sejarah, tradisi, ekonomi dan Sosial yang telah lama wujud sebelum 1957. Ini telah menunjukan bertapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah AKTAR HASUTAN dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada di jadikan isu perbincangan Awam.

Factor-factor unsur tradisi ini telah juga merupakan satu pra-syarat dalam permuafakatan yang telah di persetujui dan di terima oleh orang Melayu dan bukan orang Melayu adalah:

  • ORANG MELAYU DIBERI HAK-HAK KEISTIMEWAAN.
  • ISLAM MENJADI AGAMA PERSEKUTUAN.
  • BAHASA MELAYU DI TERIMA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN.
  • PEMERINTAHAN BERAJA

Persetujuan pra-syarat inilah sebagai syarat-syarat untuk etnik bukan Melayu mendapatkan penerimaan hak kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Negara ini.

Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu fomula bagi meyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tan Siew Sin ketika itu telah berkata "Bahawa masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar sekiranya Kebudayaan dan Bahasa orang Cina dan Tamil dapat di kekalkan dan di perkembangkan" Ingin kita peringatkan pada orang bukan Melayu, bahawa rangka awalnya laporan pra-syarat Suruhanjaya Reid tidak menyebut langsung apa-apa tentang mengekalkan atau mengembangkan Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa lain melainkan Bahasa Melayu.

Permintaan Tan Siew Sin ketika itu telah di terima oleh pemimpin Melayu dan bersetuju bahawa Perlembagaan sepatutnya dengan ekspilisit menyatakan pengekalan Bahasa dan Budaya Cina dan Tamil hendak lah digalakan dan dipeliharakan.

Terus terang kita sebutkan kejadian permintakan  Tan Siew Sin disini, untuk menunjuk dan memberitahu pada entnik Cina dan Tamil bahawa pemimpin dan orang Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas, jadi jangan lah sesekali mencabar keadilan dan pandangan luas kami kertelaluan seperti laungan-laungan Bangsa Cina dan Tamil pada masa kini yang cuba memadamkan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang telah di persetujui di dalam Pra-syarat Suruhanjaya Ried yang telah di terterakan di dalam Perlembagaan Negara ini.

Wednesday, August 18, 2010

BATAL HAK MELAYU BERERTI BATAL JUS SOLI

Melayu merupakan gelaran bagi etnik-eknik kecil di kepulauan Hindia Timur yang berhubungan antara puak yang berlainan bahasa menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu tersebar ketika empayar Melaka menguasai ekonomi Nusantara 600 tahun lalu. Hindia Timur disebut Nusantara dalam bahasa Melayu.


Malaysia pula merupakan gelaran antropologis Barat kepada kepulauan Nusantara sejak mereka mula mengkaji ras manusia beratus tahun lalu. Namun, kesan imperialisme yang melibatkan persaingan tanah jajahan oleh bangsa Eropah, Nusantara berpecah kepada dua apabila Inggeris berjaya menguasai Selat Melaka.


Negara Malaysia yang wujud pula merupakan adunan yang dicipta kesan dari imperialisme Inggeris. Sebahagian besar Nusantara yang dijajahi Belanda mengisyhtiharkan kemerdekaan melalui pengunduran Jepun lalu membentuk negara kuasa pusat bernama Indonesia.

Kemerdekaan negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia hanya dicapai setelah 11 tahun Indonesia berjaya berbuat demikian dengan mematahkan cubaan pendudukan semula Belanda. Malaysia tidak dapat berbuat demikian apabila British telah lama mentadbir negeri-negeri Melayu dengan sistematik dan berpiagam yang memerlukan pengendalian jentera pentadbiran yang cekap.

Pun begitu, bermula tahun 1948, ketika negara Israel lahir, negara-negara penjajah telah bersiap sedia untuk memerdekakan tanah-tanah jajahan mereka melalui perlembagaan yang tertulis atas restu mereka.

Tunku Abdul Rahman menggunakan diplomasi semaksima yang mungkin bagi membolehkan kemerdekaan diperoleh dengan cara yang teratur. Pembentukan perlembagaan oleh Tunku Abdul Rahman disulitkan dengan keengganan British untuk menghantar pulang tenaga kerja asing yang memaksa beliau mengutarakan idea kerakyatan bagi mereka yang lahir di tanah orang-orang Melayu ini.

Namun, tidak ramai generasi hari ini menyedari bahawa hakikat kerakyatan tenaga kerja asing di negara ini adalah berdasarkan prinsip jus soli yang diambil kira dalam pembikinan perlembagaan. Orang Melayu membantah hebat. Sebagai imbangan dari ribut sahsiah bangsa Melayu itulah konsep hak istimewa Melayu digunakan dan dipersetujui oleh semua.

Kaum pendatang tidak terfikir bentuk negara apakah yang akan dimerdekakan kerana dibayangi dilema kewarganegaraan. Konsep hak istimewa Melayu dipersetujui oleh mereka bagi menjamin prinsip jus soli digunapakai.

Tetapi, hari ini, ada dikalangan kaum bukan Melayu di negara ini, tanpa rasa segan ke atas diri mereka sendiri kerana menutup mata kepada sejarah, bebas menyindir, membincang dan mentertawakan relevan hak istimewa orang Melayu di Malaysia di dalam akhbar dan internet menggunakan medium bahasa bukan Melayu.

Malah, ramai pula dikalangan mereka yang melahirkan rasa bimbang ke atas penghijrahan tenaga kerja Indonesia yang merupakan pengisi kitaran yang pernah diisi oleh mereka walhal rakyat Indonesia merupakan masyarakat Nusantara. Yang membezakan keadaan kini ialah jumlah kemasukan dikawal ketat oleh dasar-dasar baru.

Benar bahawa pemimpin Melayu terdahulu melakukan kesilapan dengan menggadaikan hak istimewa Melayu dengan prinsip jus soli. Prinsip ini juga merupakan kunci membantu kaum Cina di Singapura mendapat tiket untuk melabuhkan punggung selamanya di rantau ini. Jika tidak masakan Singapura membebaskan diri dari British melalui Malaysia.

Apakah hal ini dilihat oleh sesetangah kaum bukan Melayu yang dijadikan rakyat-rakyat raja Melayu, dengan sikap pengkhianatan pada janji, menggesa prinsip jus soli itu ditiadakan supaya hak istimewa Melayu boleh terhapus?

Lebih-lebih lagi, jos soli mewujud kekhuatiran dikalangan mereka terhadap fenomena kerakyatan anak-anak pendatang tenaga kerja asing terutamanya Indonesia pada masa ini yang mengakibatkan pengecilan saiz bukan Melayu di negara ini.

Jika ini benar-benar dicita-citakan, ianya bermakna mereka mendesak kewarganegaraan mereka dikaji semula.

Apakah dengan menggugurkan prinsip jus soli, mereka tidak merasakan bahawa kerakyatan mereka akan lucut? Secara prinsip dan imbangan, dengan membatalkan hak istimewa Melayu, perlembagaan turut secara automatiknya membatalkan prinsip jus soli.

Maka dengan itu, segalanya kembali ke meja rundingan pada saat perlembagaan dirangka dan segala kestabilan perlu bersedia untuk digadaikan.

Pengkritik hak istimewa Melayu mempunyai pemikiran sempit kerana mereka tidak dapat menembusi corak sebenar jalan menuju kemerdekaan negara ini yang dipenuhi oleh perbincangan yang disepakati dengan konsep menang-menang.

Mereka lupa bahawa jus soli tidak wujud tanpa dambaan pihak yang mengharapkannya dan hak istimewa Melayu tak akan wujud tanpa tugasnya sebagai wang jaminan untuk merealisasikan penggunaan prinsip jus soli.

Jika kritikan mereka bukan disebabkan kejahilan mereka mengenai sejarah, mereka adalah golongan yang cuba memporak perandakan keharmonian negara dan perlu ditahan untuk siasatan.Dengan mempersoalkan isu hak istimewa orang Melayu serta apa juga yang berkaitan dengan orang Melayu terutamanya agama Islam, terlalu jelas bahawa mereka juga mempertikaikan prinsip jus soli yang merakyatkan setiap pendatang yang lahir di Nusantara Malaysia.

Jus soli kurang menjadi ingatan kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu.

Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya mengundang ke arah negara ketika mula hendak ditubuhkan.

Tiada siapa mahu melihat negara ini kembali memulakan pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah.

Apakah mereka perlu memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal.Orang Melayu juga tidak mahu untuk tiba-tiba menjadi mundur tanpa kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya bermula semula dengan kacau bilau.

Inilah apa yang patut digambarkan kepada ramai oportunis di negara ini yang sentiasa tidak melahirkan penghargaan atas apa yang telah ada hari ini. Ramai kalangan masyarakat telah dicekup oleh oportunis-oportunis ini bagi menzahirkan kacau bilau yang amat mereka inginkan.

Akibatnya, dakwaan melulu, komen sindiran dan ulasan bodoh tersebar di akhbar dan internet.Pemerintah Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara dan sejarah nasionalisma dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan dokumentari semua bahasa dan penuh giat.

Biarlah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 pada tahun 2010 memberikan kesedaran yang menyeluruh kepada rakyat negara ini berhubung pentingnya merangka masa depan dengan menjadikan sejarah sebagai asas untuk membina masa depan. Ianya cukup penting bagi memencilkan golongan buta sejarah dan berhati busuk ini agar mereka luput dalam lipatan sejarah.


Petikan dari : Malaysia Raya

Monday, August 9, 2010

Kepada Kalian Yang Bernama Melayu..


Dihari Perasmian Berkelompok Perkasa Daerah Daerah Negeri Selangor pada hari Ahad 8hb Ogos yang lalu,atas rasa peri pentingnya penyatuan umat Melayu masakini dibawah satu wadah perjuangan bangsa,pihak penganjur cuba mengembalikan nostalgia 1946.Dimana di waktu itu sekumpulan kanak kanak saperti gambar diatas membawa sepanduk yang sama,merayu kepada pemimpin pemimpin Melayu waktu itu supaya apa jua keputusan dan tindakan yang bakal diambil hendaklan mengambil kira hak hak dan kepentingan mereka juga.

Hari ini setelah 64 tahun,setelah negara menikmati kemakmuran hasil dari perjuangan kemerdekaan pemimpin pemimpin terdahulu,Melayu kembali berpecah.Melayu kembali berantakan berebutkan kuasa politik,tanpa ada rasa keinsafan langsung bahawa apa yang kita nikmati hari ini hanyalah HAK yang dipinjamkan kepada kita oleh ANAK ANAK dan CUCU CUCU KITA.

Bagi kita...generasi yang pernah merayu kepada pemimpin terdahulu pada tahun 1946,seakan sudah melupakan ketakutan yang kita lalui dulu kini terpaksa dilalui oleh anak cucu kita pula.Adil kah kita kepada mereka?Kalau pemimpin pemimpin terdahulu telah menjaga hak hak kita,apakah tanggung jawap kita kepada generasi akan datang?

Apakah hanya kerana gilakan kuasa kita sanggup berpecah belah?Menjual kehormatan bangsa sendiri kepada bangsa lain hanya untuk mencapai cita cita politik kita.Ada Melayu yang dah jadi liberal,ada Melayu yang dah jadi setaraf Nabi,ada Melayu pulak langsung tidak ambil peduli.Kerana mereka merasa apa yang mereka nikmati hari ini tiada kena mengena dengan PERJUANGAN pemimpin terdahulu.

Melayu menjadi haru biru dan hilang arah.Bersengketa sesama sendiri hingga agama Islam sendiri terabai.Bangsa lain memerhati perpecahan ini dengan senyuman dan mula mengatur langkah untuk memecah dan seterusnya melemahkan bangsa kita.Maka...yang dah mula pandai menderhaka kepada RAJA RAJA itu Melayu.Yang sanggup berbaring ditengah jalan menghalang keenderaan diRaja itu Melayu.Yang sanggup bertempur dengan Polis itu Melayu.Yang berani mencaci dan memaki hamun Raja Raja dan Pemimpin Negara itu juga MELAYU.Banyak lagi kehebatan tak bertempat Melayu kalau nak ditulis disini.TAPI UNTUK APA..?

Jadi pada yang bernama MELAYU insaflah..sedarlah.Tiada apa yang menguntungkan kita selagi kita lemah dan berpecah.Bersatulah kita walaupun berbeza pandangan dan pendapat.Jika kita tidak boleh mencari titik PERTEMUAN kerana berbeza politik,carilah titik PERSAMAAN ianya pasti ada.

Renungkanlah gambar anak anak diatas.Lihatlah diwajah wajah mereka tergantung seribu harapan kepada kita agar mereka tidak menjadi HAMBA yang terpaksa merempat di negara sendiri hanya kerana KITA yang bernama MELAYU hari ini.